29.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

12 kes serius direkodkan daripada 242 laporan AEFI

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 12 kes serius daripada 242 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) yang diterima melibatkan golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sehingga Jumaat lalu.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan, Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, manakala bakinya iaitu 230 laporan AEFI bersamaan 95 peratus bagi golongan itu adalah kesan tidak serius.

“Antara kesan yang paling kerap dilaporkan termasuk demam, stres terhadap suntikan atau proses vaksinasi, reaksi kegatalan pada kulit, pening dan sakit kepala.

“Sehingga 25 Mac lalu, sebanyak 1,293,762 dos vaksin telah diberikan kepada golongan itu melibatkan vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (Pfizer-BioNTech) dan vaksin CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated.

“Sebanyak 242 laporan AEFI bersamaan kadar 187 laporan bagi setiap sejuta dos manakala kadar pelaporannya lebih rendah berbanding kadar keseluruhan pelaporan AEFI setakat ini iaitu 377 laporan bagi setiap sejuta dos,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Gaduh: 11 pekerja kilang warga Myanmar ditahan

Roshayati berkata, secara keseluruhannya, trend pelaporan AEFI tidak jauh berbeza dengan negara-negara rujukan regulatori malah tiada isu keselamatan yang dikesan di peringkat tempatan dan global.

Katanya, kadar pelaporan AEFI di kalangan penerima vaksin golongan kanak-kanak di Malaysia iaitu 0.2 laporan bagi setiap 1,000 dos.

“Ia adalah setara dengan kadar pelaporan AEFI yang diterima bagi golongan sama di negara-negara lain contohnya di Kanada (0.15 laporan bagi setiap 1,000 dos) dan di Australia (0.6 laporan bagi setiap 1,000 dos),”katanya.-Edisi 9

Baca juga:   PRU-15: MCA perlu kerja keras pastikan BN menang

Wartawan

Terkini

RM1 juta diperuntukkan Program Pintar Botani Tabika KEMAS

JABATAN Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memperuntukkan RM1 juta bagi melaksanakan program Pintar Botani melibatkan 500 buah TABIKA KEMAS di seluruh...

Lagi Artikel Berkaitan