Sunday, June 14, 2026

Tiada ideologi, ahli dan parti politik lebih utama daripada Johor

Kini masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Besar Johor Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menegaskan tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, tiada mana-mana ideologi atau pemimpin politik yang lebih besar daripada negeri Johor.

“Kini masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur. Insya-Allah di bawah kepimpinan baharu, negeri Johor yang kita cintai ini akan menjadi lebih makmur dan sejahtera,” katanya.

Hasni berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi miliknya, sebentar tadi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor baharu, hari ini.

“Tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor Ke-19,” katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, petang tadi.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan