31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Saya tidak berminat terlibat dengan persatuan bola sepak’

Banyak perkara lain yang lebih mustahak untuk diberi diutamakan - Ahmad Zahid

Mesti Baca

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan bahawa beliau tidak berminat untuk terlibat dengan mana-mana persatuan bola sepak walaupun pernah melakukannya sebelum ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, ada banyak perkara yang lebih mustahak untuk beliau utamakan berbanding melibatkan diri dalam persatuan bola sepak.

Beliau berkata, tumpuannya kini adalah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO dengan sebaik mungkin.

“Maka terpaksalah saya akui suatu ketika dulu skil permainan bola sepak saya hampir menyamai Lionel Messi atau belakang sedikit berbanding Karim Benzema.

“Tetapi itu tidaklah bermakna saya mengidamkan jawatan presiden mana-mana persatuan bola sepak dalam negara sedangkan ada perkara lebih mustahak untuk diutamakan,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Zahid mengulas laporan sebuah portal sukan yang mengaitkan namanya sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menggantikan Khalid Abdul Samad yang meletakkan jawatannya.

Beliau berkata, tugas beratnya sekarang ialah melaksanakan sejujurnya amanah diberikan oleh akar umbi untuk menggembalikan kegemilangan UMNO dan BN dalam persada politik tanah air.

Katanya, menunaikan secara bersungguh-sungguh kewajipan untuk memastikan kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan dikembalikan di Malaysia.

Zahid pernah terlibat menjulangkan nama pasukan bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DIraja Malaysia (PDRM) sewaktu beliau Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri ketika itu. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan