33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 negara meningkat 1.01

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KADAR kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 negara meningkat pada kadar 1.01 semalam berbanding 1.00 yang dicatatkan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua negeri mencatatkan Rt di bawah kadar 1.00 iaitu Sabah dan Johor, masing-masing pada kadar 0.94 dan 0.95.

“Negeri tertinggi yang mencatatkan kadar Rt melebihi 1.00 ialah Selangor dengan 1.09.

“Diikuti, Pulau Pinang (1.09), Kelantan (1.03), Melaka (1.04), Kuala Lumpur (1.15), Labuan (1.05), Putrajaya (1.02) dan Negeri Sembilan (1.16).

“Selain itu, Kedah (1.04), Pahang (1.13), Perak (1.29), Terengganu (1.19), Sarawak (1.43) dan Perlis (1.11), “katanya yang berkongsi data di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Sementara itu, menerusi data dikongsikan di COVIDNOW juga, jumlah pesakit sembuh dicatatkan semalam adalah seramai 27,629 orang.

“Dengan pertambahan kes sembuh tersebut menjadikan jumlah keseluruhan sembuh seramai 3,197,298 manakala satu kematian direkodkan, semalam.

Menerusi data COVIDNOW, semalam turut menunjukkan kadar penggunan katil ICU untuk pesakit COVID-19 adalah 59.7 peratus membabitkan 355 pesakit.

Empat negeri menunjukkan jumlah penggunaan katil ICU melebihi 70 peratus iaitu Pulau Pinang (73.1 peratus), Johor (72.9 peratus), Kelantan (72.8 peratus) dan Selangor (70.9 peratus).

Semalam, negara melaporkan kes baharu jangkitan COVID-19 sebanyak 32,467 kes iaitu paling tertinggi dilaporkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan