26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Kanak-kanak perempuan 11 tahun rentung dalam kebakaran

Misha Kasih, kanak-kanak warga Indonesia itu ditemui di tingkat dua pejabat kilang getah sintetik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah kilang getah sintetik di kawasan perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah awal pagi tadi.

Mangsa, Misha Kasih, 11, merupakan warga Indonesia itu ditemui di tingkat dua pejabat kilang itu dalam keadaan rentung oleh pihak bomba.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 4.10 pagi sebelum menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang merupakan pengurus kilang tersebut.

Jelas beliau, hasil soal siasat dengan pengurus kilang mendapati kebakaran disedari pukul 3 pagi oleh kakaknya yang tidur di sebuah bilik dalam bangunan kilang terbabit.

“Anak mangsa berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran itu namun kanak-kanak terbabit gagal dikesan ketika kejadian sebelum pihak bomba memaklumkan mangsa rentung di tingkat dua kilang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Parti Pejuang Tanah Air parti baharu Dr Mahathir

Menurutnya, siasatan lanjut turut mendapati mangsa rentung itu merupakan cucu angkat kepada keluarga pengurus terbabit yang dijaga sejak kecil selepas ibunya yang merupakan bekas pekerja mereka pulang ke negara asal.

“Pengambilan kanak-kanak terbabit sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Melayu kerana beragama Islam telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara namun setiap malam dibawa bermain dan tidur di dalam kilang berkenaan bersama anaknya,” katanya.

Baca juga:   Jadikan Tabung Haji institusi amanah nasional - Tok Mat

Kata Anuar, mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital dan proses bedah siasat akan dilakukan sebaik ujian calitan COVID-19 diperolehi.

Jelasnya, kilang memproses getah tiruan (sintetik) itu musnah 95 peratus dan pemilik mengalami kerugian bernilai RM8 juta.

“Sebanyak 17 buah jentera bomba terlibat dalam operasi pemadaman api di kilang tersebut dan ketika kejadian kilang itu tidak beroperasi.

“Kilang tersebut sudah beroperasi sejak 20 tahun lalu dan mempunyai lapan orang pekerja.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba termasuk mengenal pasti sama ada wujud unsur khianat atau sebaliknya,” kata Anuar.

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan