24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mangsa banjir di Terengganu berbaki 2,864 orang

Kesemua mangsa dari daerah Kemaman, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sudah pulang ke rumah masing-masing malam tadi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEADAAN banjir di negeri Terengganu semakin baik apabila hanya berbaki 2,864 mangsa daripada 808 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, hanya dua daerah masih terjejas dengan banjir iaitu Hulu Terengganu dan Dungun.

Beliau berkata, kesemua mangsa dari daerah Kemaman, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu pula telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada malam tadi.

“Setakat ini hanya 16 PPS masih dibuka di dua daerah iaitu Hulu Terengganu dan Dungun.

Advertisements

“Hulu Terengganu masih mempunyai 2,538 mangsa daripada 736 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS,” katanya di sini hari ini, lapor Kosmo.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, seramai 308 mangsa daripada 72 keluarga masih berada di empat PPS di Dungun.

Banjir besar yang melanda Terengganu pada Jumaat lalu telah menjejaskan hampir 18,000 penduduk dari kesemua lapan daerah di negeri ini.

Kejadian aliran puing membawa sisa timbunan kayu mati, pokok dan sampah turut menjejaskan beberapa perkampungan di Hulu Terengganu.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan