26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

32,467 kes baharu, COVID-19 kembali melonjak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES baharu harian COVID-19 negara terus mencatatkan peningkatan dengan 32,467 kes, sekali gus tertinggi sejak pandemik tersebut dilaporkan di negara ini.

Ia kali keempat negara merekodkan kes melepasi angka 30,000 dengan sebelum ini ialah 31,199 kes (23 Februari), 32,070 kes (24 Februari) dan 30,644 kes (25 Februari).

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 413 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut menjadikan umlah kumulatif kes COVID -19 negara sebanyak 3,528,557 kes.

Mengikut pecahan negeri-negeri, Selangor mencatatkan jangkitan virus COVID-19 tertinggi dengan 8,053 kes.

Diikuti, Kedah (3,242 kes), Kuala Lumpur (2,881 kes), Sabah (2,717 kes), Pulau Pinang (2,488 kes), Negeri Sembilan (2,045 kes), Johor (1,979 kes) dan Pahang (1,912 kes).

Seterusnya Kelantan (1,739 kes), Perak (1,713 kes), Sarawak (1,206 kes), Terengganu (993 kes), Melaka (821 kes), Perlis (273 kes), Labuan (270 kes) dan Putrajaya (135 kes).

Dalam masa sama, sebanyak 86 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,028 kes.

Manakala, sebanyak 28 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,808 kes.

Sebanyak 298,231 kes aktif dilaporkan melibatkan 286,097 kes dikuarantin di rumah, 3,457 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,322 kes di hospital, 147 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 208 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan