25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bersatu Muar terima 100 keahlian baharu – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SUASANA menjelang pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini makin hangat apabila seramai 100 individu di Muar menyerahkan borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Nasional (PN), keahlian baharu Bersatu itu datangnya dari sekitar Sungai Terap, Muar.

“Alhamdulillah, hari ini saya menerima 100 keahlian baharu BERSATU. Borang disampaikan oleh Saudara Khalil bin Mohamed yang mewakili penduduk sekitar Sungai Terap, Muar.

“Terima kasih atas sokongan anda kepada BERSATU dan Perikatan Nasional,” kongsinya ringkas.

Untuk rekod, SPR menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Menurut data SPR, 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan