30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Vaksin Sinovac diluluskan untuk kanak-kanak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

VAKSIN Sinovac kini mendapat kelulusan untuk digunakan ke atas golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadi vaksin Covid-19 kedua diluluskan selepas Comirnaty.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang hari ini.

“Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Noor Hisham lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) juga sentiasa komited mempertingkat akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Untuk rekod, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) bagi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun bermula sejak 3 Feb lepas dan sehingga kini, hampir sejuta kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin.

Hari ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam kenyataan berkata, KKM menambah 412 pusat pemberian vaksin (PPV) untuk melaksanakan PICKids.

“Ia bagi memudahkan ibu bapa untuk mendapatkan vaksinasi untuk anak mereka secara walk-in memandangkan cuti sekolah yang bermula pada 26 Februari.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan