24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KKM sasar kadar saringan pendengaran bayi 90 peratus

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menetapkan sasaran kadar saringan pendengaran bagi bayi baru lahir meningkat kepada 90 peratus menjelang 2025.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, sasaran berkenaan akan dipastikan pencapaiannya melalui program National Ear and Hearing Care (NEHC) sedia ada sebagai sebuah Jawatankuasa Khas di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan untuk melaksanakan perancangan strategik bagi memastikan kadar.

Menurut beliau, statistik terkini menunjukkan hanya 62 peratus bayi yang lahir di negara ini melalui saringan pendengaran dan jumlah ini jauh terkebelakang daripada standard ditetapkan oleh International Joint Committee on Infant Hearing (JCIH) iaitu pada kadar 95 peratus dan ke atas.

“Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan aset terkini, kekurangan sumber manusia khususnya audiologis dan kumpulan sokongan, serta cabaran koordinasi di peringkat KKM, negeri dan hospital iaitu antara perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL), Obstetrik, Kanak-Kanak, Kejururawatan dan pentadbir bagi Program Universal Neonatal Hearing Screening (UNHS).

“Oleh itu, Jawatankuasa Khas di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan akan bertanggungjawab bagi menyelaras dan membuat pemantauan terhadap UNHS untuk memastikan kita berupaya membuat intervensi awal ke atas bayi-bayi baru lahir yang didapati mempunyai masalah pendengaran,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu menurut beliau, KKM menasihatkan orang ramai terutama individu yang meminati musik serta sering menggunakan peranti audio peribadi untuk memastikan had kekuatan bunyi yang didengari oleh telinga anda kekal di bawah 80 desibel.

Menurut beliau lagi, pekerja yang terdedah kepada bunyi bising seperti di sektor perindustrian, penerbangan dan aktiviti penggunaan senjata api diharap dapat melindung pendengaran masing-masing dengan alat pelindung telinga bersesuaian seperti ear muffs, ear plug dan sebagainya.

“Pantau dan pastikan tahap pendedahan kepada kebisingan adalah selamat seperti yang disarankan oleh pihak berwajib dan jalankan pemeriksaan pendengaran bagi mengenal pasti masalah di peringkat awal.

Advertisements

“Sayangi dan hargai pancaindera pendengaran kita. Selamat menyambut Hari Pendengaran Sedunia 2020. To Hear for Life, Listen with Care!Untuk rekod, World Hearing Day atau Hari Pendengaran Sedunia telah disambut pada 3 Mac setiap tahun.

Sambutan pada tahun 2022 ini bertemakan “To hear for life, listen with care”.

Menurut perkongsian awal KKM, telinga merupakan satu panca indera yang sangat penting dan setiap individu bertanggungjawab untuk menjadikan pendengaran masing-masing selamat.

Pendengaran yang baik sangat perlu untuk sepanjang hayat melalui penjagaan telinga dan pendengaran.

Banyak punca hilang pendengaran boleh dicegah, termasuk yang disebabkan oleh pendedahan kepada bunyi yang kuat.

“Semoga sambutan hari Pendengaran Sedunia pada tahun ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam dan pihak-pihak yang berkepentingan tentang pencegahan kepekakan atau kehilangan pendengaran serta mempromosikan penjagaan telinga dan pendengaran di Malaysia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan