28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mini KUD @ Pontian himpun 100 usahawan luar bandar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 100 usahawan di bawah enam agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ‘turun padang’ bagi menyertai Mini Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) bertempat di Stadium Mini Pontian, Johor bermula 3 hingga 5 Mac ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Mini KUD itu bakal menjadi platform untuk mempromosi kemudahan serta insentif yang disediakan oleh Kementerian dan agensi yang dapat membantu perkembangan perniagaan usahawan luar bandar.

Antara penerima muqasah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa sempena Majlis Perasmian Mini KUD @ Pontian di Johor hari ini. Kredit: KPLB

”Mini KUD akan mempromosi dan menjadi salah satu medium untuk mewujudkan akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli,

“Malah dengan adanya ruang seperti ini ia sekali gus dapat meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena Majlis Perasmian Mini KUD @ Pontian di Johor hari ini.

Antara aktiviti sempena Majlis Perasmian Mini KUD @ Pontian di Johor hari ini. Kredit: KPLB

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB Datuk Ramlan Harun serta Ketua Pengarah dan CEO agensi di bawah kementerian berkenaan.

Tambah Mahdzir, penganjuran Mini KUD itu julung-julung kali bakal menampilkan Rural Business Challenge (RBC) Bistro selepas penganjuran Pertandingan Program RBC kali terakhir pada tahun 2017.

“RBC Bistro dilihat dapat mencipta peluang akses pasaran yang lebih luas, meningkatkan aktiviti jualan, pelebaran jaringan perniagaan seterusnya berupaya mengembangkan perniagaan usahawan luar bandar khususnya usahawan RBC.

“RBC Bistro pada kali ini juga bakal mengumpulkan enam usahawan RBC yang telah berjaya memenangi geran perniagaan antara RM300 ribu sehingga RM1.5 juta pada tahun 2012, 2013, 2014 dan 2015,” kata Mahdzir.

Mengulas lebih lanjut mengenai Mini KUD @ Pontian, Mahdzir turut memaklumkan majoriti usahawan luar bandar yang terlibat adalah terdiri daripada kategori makanan dan minuman, fesyen pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak, produk kecantikan dan kesihatan, kraftangan serta produk pertanian.

Antara produk yang diketengahkan sempena Majlis Perasmian Mini KUD @ Pontian di Johor hari ini. Kredit: KPLB

“Terdapat juga 10 usahawan yang akan menjual masakan panas signature dish negeri Johor sepanjang program ini berlangsung antaranya akan menjual masakan Asam Pedas, Ayam Engkong dan Nasi Ambeng selain daripada penyertaan daripada usahawan Food Truck.

“Jadi saya harap seluruh masyarakat terutamanya di sekitar Pontian tidak ketinggalan hadir ke Mini KUD ini,” katanya.

Untuk rekod, selain jualan produk dan perkhidmatan, Mini KUD turut menampilkan beberapa aktviti menarik seperti Ceramah agama oleh Da’i Azam Al-Kankari, Fun Ride (Acara kayuhan berbasikal), Pertandingan Liga Sepakan Penalti, Pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan artis jemputan daripada Wany Hasrita, Ramlah Ram dan Ronnie Hussein serta Bell Ngasri selaku pengacara.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan