27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

350,000 penerima Sinovac warga emas belum ambil ‘booster’

Status vaksinasi golongan warga emas akan bertukar kepada tidak lengkap, jika tidak mengambil suntikan dos penggalak sebelum 1 April

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 350,000 warga emas yang telah mengambil dos premier Sinovac masih belum menerima dos penggalak walaupun golongan itu paling berisiko berdepan kematian atau kesan buruk akibat jangkitan COVID-19 varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, golongan berisiko tinggi adalah golongan warga emas, terutama warga emas yang telah mengambil vaksin Sinovac yang belum menerima dos penggalak.

“Warga emas adalah golongan berisiko tinggi daripada segi kematian dan kesan buruk akibat jangkitan COVID-19. Sinovac juga adalah daripada semua vaksin yang ada keberkesanan yang sederhana berbanding Pfizer.

“Maka sangat penting untuk golongan 350,000 ini untuk mendapatkan dos penggalak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Hari Pendengaran Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan di Serdang hari ini, lapor Kosmo.

Baca juga:   Ini fitnah untuk pecah perpaduan UMNO - Noraini

Ujar Khairy, status vaksinasi golongan warga emas akan bertukar kepada tidak lengkap, jika tidak mengambil suntikan dos penggalak sebelum 1 April ini.

“Mulai 1 April ini, bagi penerima dos premier Sinovac tidak kira usia dan bagi semua warga emas tidak kira jenis dos premier yang tidak mengambil dos penggalak, status sijil vaksin kuning akan bertukar kepada sijil putih dan ia adalah muktamad,” katanya.

Beliau berkata, pertukaran status itu akan berlaku ke atas semua penerima vaksin dalam kalangan warga emas, tanpa mengambil kira jenis dos vaksin primer diterima mereka.

Baca juga:   Elak jadi mangsa 'Scammer' dengan Semak Mule

“Sekarang ini untuk (mendapatkan) suntikan penggalak individu terbabit hanya perlu walk in dan tidak perlu tunggu janji temu bagi dos penggalak di semua pusat pemberian vaksin di seluruh negara,

Khairy berkata, gelombang COVID-19 varian Omicron dilihat tidak seganas varian Delta, tetapi bagi warga emas terutama yang ada komorbiditi ia bukan penyakit yang ringan untuk mereka.

Menurut beliau, varian Omicron masih penyakit yang boleh membawa kepada kematian dan kesan teruk terhadap mereka, maka amat penting mereka mengambil dos penggalak.

“Kalau ada warga emas menunjukkan apa sahaja gejala jangan tunggu. Bawa mereka segera kepada fasiliti kesihatan,” katanya.

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan