33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Menyahjenayah cubaan bunuh diri perlu kajian terperinci

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CADANGAN menyahjenayah (decriminalising) cubaan bunuh diri yang melibatkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan dilihat memerlukan penyelidikan yang lebih terperinci dan menyeluruh.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, isu kesihatan mental bukan lagi isu yang wajar dipandang sebelah mata.

Menurut beliau, saban tahun, jumlah kes makin meningkat.

“Kempen kesedaran perlu diteruskan dengan lebih konsisten oleh semua pihak berwajib. Baru-baru ini saya menerima soalan daripada rakan media berhubung cadangan menyahjenayahkan (decriminalising) cubaan bunuh diri yang melibatkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

“Saya minta sedikit masa untuk penyelidikan yang lebih terperinci dan menyeluruh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Zulkifli berkongsi maklumat tentang lawatannya ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.

Advertisements

Menurutnya, Hospital Bahagia bukanlah asing bagi dirinya.

“Sejak bergelar Mufti Wilayah Persekutuan, saya pernah ke sini untuk bertemu warga hospital termasuk pesakit mental di sini.

“Ia amat bermanfaat bagi kajian kefatwaan berkenaan kesihatan mental yang telah kami laksanakan sebelum ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga Hospital Bahagia atas jemputan ke hospital berkenaan.

“Kehadiran saya ke Hospital Bahagia pada kali ini adalah untuk memberi kata-kata semangat kepada mereka dan menzahirkan kebersamaan saya dengan warga Hospital Bahagia dalam perjuangan mereka melawan stigma kesihatan mental,” kongsinya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan