29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tiga wanita termasuk guru tabika maut kemalangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA wanita termasuk seorang guru tabika maut selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah van di kilometer 84 Jalan Lipis-Merapoh, Lipis, Pahang hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah penumpang hadapan kereta, Rosnani Md Daud,28, serta dua penumpang belakang Mariam Ariffin, 41, dan Che Mazenah Hussin, 61.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor, kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Corolla Altis dalam perjalanan dari arah Merapoh ke Lipis.

“Apabila sampai di tempat kejadian sebuah motosikal tiba-tiba keluar dari sebuah rumah di bahu jalan menyebabkan pemandu kereta mengelak dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kereta dinaiki mangsa kemudian hilang kawalan lalu berpusing masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh sebuah van,” katanya hari ini.

Advertisements

Azli berkata, akibat kejadian itu dua penumpang belakang kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lipis.

Menurutnya, pemandu kereta pula mengalami patah tangan kiri dan dua penumpang van mengalami patah kaki manakala pemandu van hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

“Lokasi kemalangan adalah jalan lurus serta berturap dan semasa kejadian cuaca adalah baik,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan