Sunday, June 14, 2026

Keluarga Malaysia: Menteri bayar sewa rumah Leong

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEHIDUPAN seorang lelaki berbangsa Cina berubah apabila dia dipindahkan dari sebuah pondok buruk di Salak Selatan, Kuala Lumpur ke Program Perumahan Rakyat (PPR) kira-kira 10 bulan lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Annuar ketika itu masih memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

“10 bulan lalu, saya pindahkan Leong dari pondok buruk Salak Selatan ke PPR dan saya bayar sewanya untuk setahun. Hari ini saya ziarah beliau untuk ucap Gong Xi Fa Cai padanya.

10 bulan lalu, Leong menetap di sebuah pondok buruk di Salak Selatan sebelum dipindahkan ke PPR. – Sumber: Facebook Annuar Musa

“Saya setuju untuk terus membayar sewa rumahnya setahun lagi hingga 2023 (tahun hadapan),” katanya hari ini.

Annuar turut berharap agar Leong terus menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Kita satu Keluarga Malaysia,” katanya.

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna Facebook yang rata-ratanya memuji tindakan tersebut sebagai tepat.

Pengguna Facebook, Nora Haidzuran Abdullah berkata, semoga Allah permudahkan urusan (Tan Sri) serta terus kekal sihat dan dimurahkan rezeki untuk di kongsi bersama.

“Alhmdulillah… Ini baru betul. Lepas bantu tidak terus lepas tangan…sentiasa keep in touch,” kongsi Dedy Cool Mohamed Nor.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan