28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Timbalan Ketua MIC Bahagian Tapah maut kereta masuk parit

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Ketua Bahagian MIC Tapah, D Sivabalan maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di KM53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah, Perak, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan berlaku pada kira-kira 12.45 tengah malam dan menyebabkan Sivabalan, 50, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa (Sivabalan) yang memandu kereta jenis Proton Iswara memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.

“Kereta mangsa kemudian terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan menuju ke arah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Exora tidak mengalami kecederaan.

Advertisements

Sementara itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.56 tengah malam.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, sebaik tiba pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

Jelasnya lagi, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, operasi tamat jam 1.34 pagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan