Wednesday, July 22, 2026

Pimpinan MIC perlu konsisten, ikut keputusan majoriti – Puad

Difahamkan lebih 95 peratus anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu yang bermesyuarat semalam memutuskan untuk kekal dalam Barisan Nasional (BN).

Mesti Baca

PIMPINAN MIC perlu konsisten dan mengikut keputusan majoriti dalam menentukan hala tuju parti itu, kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ini kerana menurut beliau, difahamkan lebih 95 peratus anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu yang bermesyuarat semalam memutuskan untuk kekal dalam Barisan Nasional (BN).

“Itu adalah keputusan yang tepat dan amat dialu alukan kerana ia selari dengan kehendak majoriti ahli MIC di akar umbi. 

“Lagi pun MIC turut menyertai retreat BN yang diadakan bulan Febuari lepas. Itu petanda awal MIC akan kekal dalam BN.

“Justeru kepimpinan utama MIC iaitu Presiden MIC perlu konsisten dan ikut keputusan majoriti demi kebangkitan MIC dan kesatuan BN,” katanya menerusi media sosial hari ini.

Mohd Puad memberi bayangan MIC akan berpecah jika parti itu memilih untuk meninggalkan BN untuk bersama Perikatan Nasional (PN),

“Apatah lagi jika MIC sertai PN yang berpecah. MIC tidak selamat. Lihat sahaja cara Pas membuli Bersatu seperti muslihat mereka kekalkan (Datuk Seri) Hamzah (Zainuddin) yang tidak berparti sebagai Ketua Pembangkang,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan status quo dan kekal bersama BN buat masa ini susulan perubahan kepimpinan dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, apabila keputusan untuk meneroka potensi kerjasama dengan PN dibuat semasa Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) parti tahun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi Pengerusi PN.

Saravanan bagaimanapun berkata, dengan Pas kini menerajui gabungan pembangkang susulan pelantikan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN bulan lalu, MIC perlu menilai sentimen masyarakat India sebelum membuat sebarang keputusan.

Sebelum ini Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan permohonan MIC untuk menyertai gabungan parti iti telah diterima dan diluluskan. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan