29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

SOP ibadah umrah dimuktamadkan bulan depan – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) akan memuktamadkan proses penilaian risiko dan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan umrah menjelang pertengahan bulan depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sesi libat urus membabitkan KKM dan Motac dengan Persatuan Persatuan Agensi Pelancongan (Umrah) telah diadakan semalam bagi mendapatkan maklum balas.

“Sesi berkenaan diadakan bagi memberi peluang kepada kedua-dua kementerian mendengar hala tuju industri umrah susulan daripada keputusan penangguhan sementara yang sedang berkuat kuasa.

“Pada sesi tersebut, saya dan Menteri Motac telah menyatakan komitmen untuk memperincikan dan memperhalusi setiap isu serta cadangan yang dikemukakan di peringkat kementerian masing-masing sebelum membentangkan cadangan penambahbaikan kepada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 akan datang.

Advertisements

“Antaranya termasuklah proses saringan semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), pelaksanaan kuarantin sama ada di stesen-stesen kuarantin ataupun di kediaman dan juga peranan agensi pelancongan umrah sebelum, semasa dan selepas mengerjakan umrah,” katanya di Parlimen di sini.

Hasil daripada perbincangan tersebut, beliau berkata, kedua-dua kementerian komited untuk memuktamadkan proses penilaian risiko dan SOP perjalanan umrah menjelang Februari ini.

Justeru, jelasnya, KKM amat berharap agar semua pemain industri dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan aktiviti umrah dapat terus dilaksanakan dengan selamat.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan