27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

52 kluster pendidikan tercetus sejak awal tahun ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan mengesan 52 kluster pendidikan Covid-19, dengan 30 daripadanya membabitkan sekolah menengah, sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, 30 kluster membabitkan sekolah menengah di mana 27 buah daripadanya adalah merupakan sekolah berasrama.

Menurutnya, sesi persekolahan telah bermula pada 9 Januari dan 10 Januari 2022 mengikut negeri-negeri tertentu.

“Perkumpulan ramai ini telah meningkatkan risiko penularan jangkitan menyebabkan jumlah kluster di sekolah pada minggu pertama persekolahan
sebanyak 15 kluster.

“Pada minggu kedua persekolahan bilangan kluster pendidikan meningkat sekali ganda kepada 33 kluster. Semua negeri ada
melaporkan kluster kecuali Perlis, Terenggau, Sarawak dan Wilayah Perseketuan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Khairy lagi, bagi 52 kluster Pendidikan yang telah dilaporkan sejak minggu pertama, siasatan mendapati 44 kluster dengan kes
indeksnya adalah pelajar, indeks kes adalah guru atau pensyarah bagi lima kluster dan staf sokongan pusat pendidikan bagi tiga kluster lagi.

Menurut beliau, KKM telah memberi penekanan kepada Sektor Pendidikan berkenaan kepentingan untuk saringan bergejala pelajar, guru dan staf
sebelum masuk ke kawasan sekolah atau institusi, pengujian Rapid Antigen (RTK-Ag) ke atas murid, guru dan staf mengikut strategi pengujian COVID-19.

“Selain itu, KKM turut menekankan pemerkasaan ibu bapa untuk memantau status kesihatan anak dan bertanggungjawab untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bergejala.

Advertisements

“Menjalankan penilaian risiko penularan jangkitan Covid-19 di institusi masing-masing dari semasa ke semasa, agar tindakan pencegahan dapat segera diambil.

Menurutnya lagi, KKM juga ingin mengingatkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah sekiranya terdapat kes positif dilaporkan oleh pihak sekolah atau institusi pendidikan, siasatan dan penilaian risio perlu dijalankan bagi menilai status penularan jangkitan.

“Selain itu, tindakan pembersihan dan disinfeksi serta pengesanan kontak perlu dijalankan di samping pelaksanaan aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19.

“KKM akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam masa terdekat bagi mengukuhkan aktiviti kawalan dan pencegahan penularan jangkitan COVID-19 di institusi pendidikan.

Terdahulu, Khairy menyatakan KKM tidak akan mengambil langkah drastik dengan menutup semua sekolah berasrama susulan peningkatan kes Covid-19 membabitkan kluster pendidikan khususnya pelajar serta warga kerja di institusi berkenaan.

Menurutnya, biarpun angka jangkitan yang direkodkan dari kluster pendidikan membabitkan kumpulan berkenaan sedikit meningkat mutakhir ini, kebanyakan kes yang direkod hanya mengalami gejala ringan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan