27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Program vaksinasi kanak-kanak bermula Februari depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROGRAM vaksinasi kanak-kanak melibatkan penerima berumur antara 5 hingga 12 tahun akan bermula pada Februari depan sejurus vaksin Pfizer kanak-kanak tiba ke Malaysia hujung bulan ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak itu akan diadakan pada 3 Februari 2022 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

“Susulan itu, sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan dibuka secara berperingkat pada penghujung Januari 2022 dengan memberi tumpuan kepada ibu bapa di Lembah klang terlebih dahulu.

“Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka selain perincian mengenai akses kepada sistem tempahan janji temu itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Dewan Rakyat di sini tadi, lapor Kosmo Online.

Advertisements

Katanya, kementerian mensasarkan sebanyak 70 peratus kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan dapat diberikan dos 1 vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh 2 bulan dari tarikh program dilancarkan.

“Selain itu, sebanyak 80 peratus kanak-kanak juga disasarkan akan lengkap divaksin dalam tempoh enam bulan pelaksanaannya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, buat masa ini, vaksinasi COVID-19 disyorkan bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun dengan keutamaan diberikan kepada penerima yang mempunyai masalah kesihatan.

“Masalah kesihatan itu merangkumi penyakit seperti respiratori kronik, kardiovaskular, Immunosuppression, kencing manis, ginjal kronik dan penyakit saraf,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan