24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Gambar tular nasi dan kuah bukan makanan RMT – Radzi Jidin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GAMBAR tular yang mula tersebar sejak semalam beserta luahan kekecewaan seorang individu yang mendakwa cucu saudaranya hanya menerima makanan nasi putih dan kuah di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) rupa-rupanya tidak berasas.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, beliau telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar berkenaan dan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, sebaik gambar berkenaan tular di media sosial, pelbagai reaksi diterima dari netizen.

Ada yang mempercayai dakwaan berkenaan benar berikutan harga barangan meningkat dan ada juga yang tidak mempercayainya kerana beranggapan lauk bagi menu tersebut sudah dimakan oleh murid berkenaan.

Advertisements

Radzi bagaimanapun berkata, KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini.

Menurut beliau, KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

“Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada 2 kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021.

Untuk rekod, RMT merupakan bantuan pemberian makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.

Berdasarkan maklumat dalam laman web KPM, setiap murid akan diberikan bantuan makanan dengan kadar RM2.50 seorang selama 190 hari bagi Semenanjung manakala untuk murid di Sabah, Sarawak serta Labuan, kadarnya ialah RM3 untuk tempoh yang sama.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan