28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Lari dari tahanan: Long Tiger dipenjara 12 bulan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LONG Tiger dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini, susulan tindakannya melarikan diri ketika dalam tahanan.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Majistret, Zaridah Y Abdul Jaapar selepas tertuduh, Abdul Hamim Ab Hamid, 33, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Dalam pendakwaannya, Zaridah turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 28 Disember 2021 di Penjara Kluang.

Mengikut pertuduhan, Abdul Hamim didakwa dengan sengaja melarikan diri daripada jagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mana tertuduh telah ditahan secara sah di sisi undang-undang atas kesalahan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret Tangkak di sini, kira-kira pukul 11.55 pagi, pada 15 Disember 2021.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau keduanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melarikan diri daripada lokap mahkamah dengan menggunakan alasan untuk membuang air besar dan telah meminta anggota polis yang ditugaskan untuk membuka gari.

Advertisements

Tertuduh kemudiannya mengambil kesempatan untuk melarikan diri ketika melibat pintu sel tidak berkunci dan bertindak melarikan diri keluar dengan menghala ke pintu utama mahkamah.

Ketika melarikan diri, tertuduh juga telah dikejar beberapa anggota polis, namun berjaya lolos dengan bersembunyi di kawasan semak-samun berhampiran mahkamah sebelum berjaya melarikan diri ke Sungai Petani, Kedah.

Pendakwaan dikendalikan, Pengarah Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyum Rahman.

Sementara itu, tertuduh pula diwakili peguam, Datin Freda Josephine Gonzales dan Muhammad Hariz Md. Yusoff.

Terdahulu, mahkamah turut menetapkan tarikh 14 dan 16 Februari depan bicara bagi empat kes lain yang dihadapi tertuduh iaitu Seksyen 388, 342, 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tangkak.

Long Tiger juga berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol di Mahkamah Muar

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan