24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MySejahtera lebih 1,000 pelanggan klinik tipu sijil vaksin disekat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

APLIKASI MySejahtera lebih 1,000 individu yang pernah mendapatkan khidmat doktor klinik swasta yang terbabit dalam penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu di Marang sudah disekat.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, sekatan itu dibuat bagi membolehkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan siasatan terhadap aplikasi MySejahtera mereka bagi mengesahkan ketulenan status vaksinasi.

Menurut beliau, siasatan mendapati terdapat kira-kira 1,900 orang mendapatkan perkhidmatan dengan klinik berkenaan dengan 1,223 permohonan sudah dihantar ke vendor untuk dikemas kini status sebagai penerima MySejahtera.

“Daripada jumlah itu, kita tidak pasti berapa ramai yang sudah siap atau dikemas kini MySejahtera mereka dan ia akan dimaklumkan pihak KKM kelak.

“Bagaimanapun, kesemua aplikasi MySejahtera yang berasal daripada klinik berkenaan sudah disekat oleh KKM,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini.

Rohaimi berkata, dalam hal tersebut, aplikasi berkenaan tidak lagi berfungsi dan polis sedang menunggu KKM menjalankan semakan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Menurutnya, setakat ini, keterangan seramai 23 individu yang statusnya MySejahtera dikemas kini sebagai penerima vaksin tetapi tidak menerima suntikan sudah diambil.

Advertisements

“Siasatan mendapati status sebagai penerima MySejahtera mereka adalah palsu.

“Siasatan juga mendapati ada antara mereka ini memaklumkan diajar kononnya ada mengambil suntikan tetapi sebenarnya adalah suntikan air suling atau garam.

“Apa yang boleh saya katakan setakat ini, kebanyakan mereka yang berurusan dengan klinik berkenaan tidak mengambil suntikan vaksin yang sebenarnya.

“Kalau ada pun, saya percaya jumlahnya tidak lebih daripada 10 orang kerana maklumat awal kita memang tidak ada,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu susulan kejayaan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa penahanan doktor swasta yang juga suspek utama berusia 51 tahun pada 8 Januari lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan