26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

RUU Anti Lompat Parti dibentang sesi Parlimen akan datang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RANG Undang-Undang Anti Lompat Parti dimuktamad dan dibentangkan dalam sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang bermula 28 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi  Tuanku Jaafar berkata, pembentangan tersebut selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu ia disegerakan.

Katanya, sebuah jawatan kuasa teknikal berunsur bi partisan ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik. 

“Keanggotaan jawatan kuasa teknikal ini terdiri daripada empat  wakil kerajaan dan empat  orang Pakatan Harapan (PH).

“Jawatan kuasa teknikal ini bertemu minggu depan untuk memperincikan perkara dasar dan kerangka perundangan yang dicadangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Juniadi, persetujuan yang dicapai ini juga adalah komitmen kedua-dua pihak.

“Ini adalah bagi memastikan perkara-perkara dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan PH pada 13 September 2021 dapat dilaksanakan sepertimana ditetapkan.- Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan