26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jambatan bailey di Kampung Bemban kini siap

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAMBATAN sementara Compact Bailey Single Lane (CB 200) di Sungai Teriang bagi menghubungkan ke Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu telah siap sepenuhnya semalam.

Perkhabaran baik itu dikongsikan Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, projek pembinaan jambatan tersebut bagi menggantikan jambatan yang telah roboh akibat banjir sebelum ini.

“Ia telah siap sehari awal berbanding jangkaan awal ia siap hari ini.

“Projek yang telah dibina bermula 18 Januari itu dijangka siap pada 20 Januari namun telah siap sehari lebih awal iaitu pada 19 Januari.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Darat Malaysia telah mengaturgerak tiga pegawai serta 56 anggota dari Skuadron Ke-8 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Ke-9 RAJD dengan kerjasama kakitangan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Jambatan yang menghubungkan Kampung Bemban dan Kampung Jerang itu adalah sepanjang 18 meter dan berkelebaran 4.3 meter.

Ia merupakan sebahagian Projek Jiwa Murni ATM selaras dengan Teras Kementerian Pertahanan serta Tonggak Ke-5 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu meningkatkan kerjasama ATM dan Tentera Darat bersama dengan agensi awam dan rakyat.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan