32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

RFID perlu lebih cekap, tahan lasak, murah atau percuma – Najib

Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan teknologi tersebut untuk pembayaran tol

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SISTEM teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) perlu lebih cekap, tahan lasak, murah atau percuma bagi menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan teknologi tersebut.

Itu pandangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu RFID yang menjadi perbualan ramai sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, perkara itu juga dapat mendorong lebih ramai pengguna beralih ke teknologi RFID itu tanpa paksaan.

“Sekiranya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go Group (TnG) ingin lebih ramai pengguna beralih ke RFID tanpa paksaan, maka sistem mereka perlu lebih cekap.

“Di samping itu, sticker RFID juga perlu lebih bertahan lasak dan murah atau percuma.

“Rebat juga boleh dipertimbangkan untuk diberi kepada pengguna yang ingin serah kembali Smart Tag mereka,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian sambil memuat naik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan pengguna perlu diberikan pilihan dan tidak dipaksa untuk menerima sistem bayaran tol secara RFID itu.

Semalam, Najib mempersoalkan harga jualan pelekat sistem tersebut yang dianggap terlalu tinggi.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kos bagi pelekat RFID tersebut tidak sampai RM1 tetapi pihak TNG yang menyediakan perkhidmatan itu mengenakan caj sehingga RM35.

Beliau berkata, pelekat RFID itu sepatutnya diberikan secara percuma kepada para pengguna jalan raya, dan bukannya dikenakan bayaran yang dianggap melampau.- Edisi 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan