29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Op Murni: Mindef, ATM siap sedia hadapi banjir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuat persiapan dan bersiap sedia untuk menghadapi situasi banjir yang dijangka melanda bermula November hingga Disember ini.

Mindef menerusi kenyataan berkata, ATM melalui markas-markas formasi di seluruh negara bersedia mengatur gerak anggota dan aset-asetnya khususnya di kawasan-kawsan berisiko tinggi dan sering dilanda bencana alam akibat fenomena musim tengkujuh.

“Persiapan tersebut merangkumi kekuatan anggota dan aset ATM yang mencukupi serta boleh di gerakkan dalam masa yang singkat dan pada bila-bila masa yang diperlukan.

“ATM akan terus memberi tumpuan terhadap operasi banjir di kawasan-kawasan terjejas,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Menurut Mindef, ATM sentiasa bersedia melaksanakan tugas sekundernya untuk bersama-sama agensi-agensi awam yang lain.

Advertisements

Antaranya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan setiap agensi berkaitan menerusi Operasi Murni (Op Murni).

“Kerjasama juga turut meliputi aspek perancangan dan koordinasi tindakan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diwujudkan di setiap daerah bagi memastikan segala bentuk bantuan dan operasi berjalan dengan lancar.

“Ia merangkumi tiga fasa utama iaitu atur gerak Op Munri iaitu pra-aturgerak banjir (sebelum), semasa banjir dan pasca banjir (selepas).

“Selain itu, kementerian turut melaksanakan perancangan khususnya operasi pasca banjir di negeri-negeri terlibat serta akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai sebarang operasi berkaitan dari semasa ke semasa,” katanya, – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan