26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

FAM, legenda bola sepak negara kongsi idea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan pertemuan dengan legenda bola sepak negara dari era 70-an sehingga awal tahun 2000 bagi berkongsi idea dalam terus memartabatkan bola sepak tanah air.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pertemuan itu turut dihadiri ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dan pemain-pemain skuad kebangsaan.

“Sempena memperingati jasa wira negara seiring dengan final Pestabola Merdeka, saya satukan legenda dan pemain sekarang agar kita dapat sama-sama mendapatkan buah fikiran dalam menaikkan lagi prestasi dan mutu bola sepak negara khususnya Harimau Malaya.

“Selain beramah mesra, sesi ini membuka ruang setiap bekas pemain termasuk Pan Gon menyuarakan pandangan secara telus dan terbuka dalam usaha bersama memajukan serta memperbaiki lagi prestasi Harimau Malaya,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Sesi khas makan malam itu turut dihadiri 16 bekas pemain kebangsaan seperti Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Ann, Datuk Hassan Sani, Bakri Ibni, Datuk Jamal Nasir, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Datuk K. Rajagobal.

Advertisements

Turut sama hadir Datuk Subadron Aziz, Azman Adnan, Ahmad Shahrul Azhar, Datuk Dollah Salleh, Malek Rahman, Reduan Abdullah, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Shukor Adan.

Hamidin berkata, perbincangan menghimpunkan bekas pemain iaitu legenda bersama pemain sesama skuad kebangsaan adalah yang pertama kali diadakan.

“Hasilnya sangat bernas dengan masing-masing berkongsi tips dan idea dan kami akan mengguna pakai pandangan mereka untuk memperbaiki Harimau Malaya.

“Kebanyakkan pemain legenda malam ini pernah beraksi di Pestabola Merdeka. Lantaran itu, sesi malam ini secara langsung dapat mengimbau kembali kenangan lama ketika mereka mewakili skuad negara dahulu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan