PASUKAN Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Kuching merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama di sebuah premis di Bandar Serian, Kuching semalam.
Difahamkan kesemua rampasan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM292,142.
Menurut jurucakap PPMW5 Kuching, serbuan jam 12.15 tengah hari itu dilakukan hasil maklumat dan risikan.
Katanya, siasatan mendapati penjaga premis gagal mengemukakan sebarang dokumen rasmi berkaitan pemilikan minuman keras dan rokok berkenaan.
Menurutnya, hasil semakan turut mendapati minuman keras dan rokok terbabit tidak bercukai kastam.
“Kesemua barangan dirampas dan penjaga premis ditahan bagi membantu dalam siasatan,” katanya lapor BH Online.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.-Edisi 9

