28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sambutan tahun baharu diganti solat hajat, doa selamat – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SAMBUTAN Tahun Baharu 2022 dibatalkan dan akan diganti dengan solat hajat serta majlis doa selamat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, ia bagi menghormati dan bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri pada masa kini.

Ismail Sabri berkata, beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menganjurkan Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 pada 31 Disember ini di Masjid Putra, Putrajaya.

“Dengan itu, saya mengajak Keluarga Malaysia untuk solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan doa selamat di Masjid Putra, Putrajaya pada malam esok.

“Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir, boleh mengikuti siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV Al-Hijrah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Perdana Menteri juga menyarankan agar masjid-masjid di seluruh negara, terutamanya masjid negeri menganjurkan majlis yang sama.

“Manakala Keluarga Malaysia yang bukan beragama Islam boleh melakukan sembahyang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing.

“Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan