31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

ATM siap-siaga hadapi gelombang kedua banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak anggota dan aset ke 86 lokasi di seluruh negara bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi gelombang kedua banjir.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kekuatan bagi siap siaga berkenaan adalah membabitkan seramai 115 pegawai dan 2,768 anggota lain-lain pangkat, selain siap siaga aset iaitu enam unit trak tujuh tan, 160 unit trak tiga tan, 129 unit bot dan 109 unit enjin bot.

Menurut beliau, perancangan ATM tersebut akan dikemas kini dari masa ke masa mengikut situasi banjir di sesebuah negeri dan sesuatu kawasan.

“Saya serta kepimpinan tertinggi ATM dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan memastikan ATM terus melakukan segala usaha yang terdaya demi memelihara keselamatan rakyat sepanjang musim banjir ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berhubung kemungkinan berlakunya hujan berterusan dari 29 Disember hingga 6 Januari yang berupaya menyebabkan berlaku gelombang kedua banjir di beberapa negeri.

Negeri-negeri yatersebut termasuklah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu menurutnya, beliau telah mengarahkan Panglima Angkatan Tentera serta panglima-panglima perkhidmatan untuk memastikan kesiapsiagaan anggota ATM terutama di negeri-negeri berkenaan berada pada tahap tertinggi.

“la penting demi memastikan aturgerak anggota dan aset dapat dilaksanakan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan sekaligus membolehkan operas menyelamat mangsa-mangsa banjir digerakkan pada masa yang sepatutnya.

Baca juga:   Aliran trafik sesak 150 km menghala ke utara
Baca juga:   Banjir: Tarikh buka sekolah penggal 3 ditangguh seminggu

“Setakat in ATM telah melaksanakan beberapa pendekatan iaitu satu Batalion sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiapsiaga di setiap negeri untuk diaturgerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan.

Selain itu menurutnya, ATM telah mengatur gerak pegawai bertanggungjawab ke semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri serta daerah dan meletakkan pasukan perubatan ATM dalam keadaan sedia bagi melaksanakan bantuan perubatan dan kawalan pencegahan jangkitan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Malah, pendekatan lain ialah merancang koordinasi bantuan pesawat udara ATM dan memastikan hospital dan poliklinik ATM sentiasa dalam keadaan siap siaga.

Mengulas lanjut pendekatan yang diambil, Hishammuddin turut menyatakan bilangan anggota bagi melaksanakan operasi menghantar
barang keperluan serta makanan ke PPS sera kawasan yang terputus hubungan jalan darat serta memasak di PPS juga ditambah.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin turut mengumumkan menerusi gabungan lima syarikat swasta termasuk syarikat industri pertahanan, MINDEF setakat ini telah berjaya mengumpul sumbangan bantuan banjir berjumlah RM3.7 juta merangkumi wang tunai dan barang keperluan asas.

“Syarikat-syarikat yang telah menyalurkan sumbangan dana bantuan banjir kali ini kepada MINDEF ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Affin Bank, Boustead Group, Pharmaniaga dan Sapura Group

“Sumbangan yang diterima in akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi meringankan beban bukan sahaja anggota dan warga awam MINDEF, tetapi juga saya sendiri secara peribadi mah fokus turut diberikan bag membantu veteran-veteran ATM yang terkesan akibat banjir di beberapa negeri ketika ini.

Baca juga:   Perdana Menteri beri jaminan tiada PKP kali ketiga

Menurutnya, langkah itu termasuklah memberikan bantuan wang tunai secara one-off kepada golongan berkenaan.

“Bantuan in merupakan tambahan kepada bantuan khas RM1,000 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini seta bantuan yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Selain itu menurut beliau, bantuan dan sumbangan juga diperoleh daripada Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Center seperti yang diumumkannya beberapa hari lepas.

Baca juga:   Ramai menteri sudah pulang tapi perlu kuarantin - PM

“Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga berbesar hati untuk menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan asas khusus untuk anggota, veteran ATM dan warga awam MINDEF yang terkesan akibat banjir.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, MINDEF dan ATM, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan UAE kerana sentiasa bersama-sama Malaysia ketika negara ini ditimpa musibah.

Menurutnya, ia bukan sahaja membuktikan keprihatinan Kerajaan UAE tetapi juga menyerlahkan keakraban hubungan dua hala antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

-EDISI9

Terkini

Fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil ditambah baik

KEMENTERIAN Kesihatan bersetuju menambah baik fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil di Sepang, Selangor bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk...

Lagi Artikel Berkaitan