26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lebih 400 sukarelawan KPLB turun padang di Bukit Changgang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEBIH 400 orang sukarelawan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) turun padang di Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor bagi meneruskan misi gotong-royong dan pembaikan barangan elektrik pascabanjir di kampung-kampung sekitarnya.

KPLB dalam satu kenyataan berkata, sebanyak empat buah kampung termasuk kampung orang asli (KOA) yang terjejas banjir baru-baru ini dijadikan sebagai kampung angkat oleh kementerian itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 1,700 kediaman daripada 2,200 kediaman telah terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

“Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Bukit Changgang, Kampung Labuhan Dagang, Rancangan Tanah Berkelompok Bukit
Changgang dan Kampung Orang Asli Paya Rumput,” kata kenyataan itu, hari ini

Turut hadir mengetuai misi KPLB adalah Ketua Setiausaha, Datuk Ramlan Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Che Murad Sayang
Ramjan, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin, Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf serta pegawai dan kakitangan KPLB dan agensi.

Advertisements

Pihak KPLB turut menggerakkan pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan elektrik di bawah institusi agensi iaitu KEDA dan MARA
untuk melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian dan pembaikan barangan elektrik.

“Misi yang dilaksanakan oleh KPLB ini adalah selaras dengan saranan Ketua Setiusaha Negara dalam menggerakkan agensi kerajaan serta
menjadikan kawasan yang terjejas banjir sebagai kawasan angkat dalam memastikan pemulihan pasca banjir dapat dilaksanakan segera.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan selama seminggu di kawasan Bukit Changgang dalam memastikan kehidupan masyarakat yang terlibat dapat
dipulihkan seterusnya diteruskan seperti biasa,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan