27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Polis kesan penipuan khidmat pembersihan, rugi lebih RM77,888

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan modus operandi penipuan konsep baharu yang menawarkan perkhidmatan pembersihan palsu kepada orang ramai.

Setakat ini, 10 laporan polis diterima berkaitan kes berkenaan membabitkan kerugian lebih RM77,888.40.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, berkata, berdasarkan siasatan, sindiket menggunakan beberapa nama syarikat berbeza itu akan mengiklankan perkhidmatan pembersihan rumah, pejabat dan seumpamanya melalui laman sosial.

“Mangsa yang berminat kemudian akan diminta berhubung dengan mereka melalui aplikasi WhatsApp. Selepas bersetuju dengan harga ditetapkan, mangsa diminta membuat pembayaran melalui pautan dihantar pihak sindiket.

“Pautan itu akan membawa mangsa ke laman web yang kelihatan sama dengan laman web perbankan secara dalam talian yang biasa digunakan mangsa sebelum itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   UMNO jangan pula turut berjangkit ratib 'Najib, Najib, Najib’

Kamarudin berkata, mangsa kemudian cuba membuat pembayaran melalui laman web itu namun gagal dan hanya menyedari ditipu apabila mendapati wang daripada akaun bank sudah berkurangan.

Menurutnya, siasatan mendapati laman web palsu yang diakses mangsa akan menyimpan semua data perbankan dimasukkan dan data itu akan digunakan sindiket untuk mengakses akaun mangsa serta membuat pemindahan wang tanpa pengetahuan mangsa.

“Siasatan kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara satu hingga 10 tahun dan sebat serta denda,” katanya.

Baca juga:   Sindiket penipuan pelaburan Bitcoin tumpas

Kamarudin berkata, polis menggesa orang ramai yang menjadi mangsa untuk segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Sebarang nasihat mahupun pertanyaan berkaitan jenayah komersial, boleh berhubung dengan polis melalui CCID SCAM Responce Center di talian 03-26101559/1599,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan