28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Penularan Omicron tidak dapat dielak – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

OMICRON tidak dapat dielakkan. Saya ingin cuba memperlahankan gelombang (Omicron) yang bakal tiba dengan sebaik mungkin,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, langkah terbaik perlu dilakukan agar kerajaan tidak perlu mengambil keputusan melaksanakan langkah drastik yang bakal menjejaskan ekonomi.

Menurut Khairy, penularan varian membimbangkan (VOC) yang berasal dari Afrika Selatan itu sememangnya tidak dapat dielakkan.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berwaspada, termasuk melakukan saringan secara berkala khususnya jika ingin mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga lain.

“Saya amat sarankan saringan secara berkala jika anda ingin berjumpa dengan sanak-saudara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Kementerian Kesihatan (KKM), Sabtu lalu memaklumkan, sebanyak 62 kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Malaysia, dengan 61 kes adalah jangkitan import dari luar negara, manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki jangkitan tempatan.

Mengikut taburan data negeri pula, Omicron hari ini dilaporkan di Perak, Sarawak dan Negeri Sembilan.

Menjelang ambang tahun baharu, Khairy turut menasihatkan orang ramai yang ingin menyertai aktiviti sosial untuk mengamalkan langkah berkaitan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Lima saranan ingin diberikan KKM ialah lakukan ujian kendiri sebelum berkumpul, elak daripada menyertai aktiviti jika tidak sihat serta buka tingkap dan pintu untuk pengudaraan yang baik.

“Turut digalakkan ialah mengadakan aktiviti di luar rumah dan sentiasa pakai pelitup muka serta hanya tanggalkan ketika waktu makan atau minum,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan