25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes COVID-19 kembali melonjak, hampiri angka 4,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian COVID-19 kembali melonjak menghampiri 4,000 apabila merekodkan 3,997 kes hari ini sekali gus melepasi angka 3,000 dalam tempoh dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan angka baharu tersebut, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,754,513.

Daripada jumlah kes baharu itu, beliau berkata, majoritinya membabitkan kes tempatan iaitu 3,631 manakala import sebanyak 366.

“Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini adalah 281 kes iaitu 213 kes disahkan COVID-19, 68 kes lagi dalam kategori disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

“Kes yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 155. Daripada jumlah itu, 77 kes disahkan COVID-19, sementara 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan 15 kes positif COVID-19 yang dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan mangsa banjir sehingga tiga petang tadi.

“Sebanyak 6,348 orang mangsa banjir yang ditempatkan di 61 PPS ketika ini dengan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir adalah 442 kes.

“Bagaimanapun, tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan hari ini dalam kalangan mangsa banjir di PPS,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 71 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir, ini menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 1,948 kes.

“Kes tertinggi membabitkan penyakit kulit dengan 30 kes, diikuti jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 26 kes, Acute Gastroenteritis (AGE) merekodkan 13 kes dan penyakit kaki, tangan dan mulut (HMFD) dengan 2 kes,” katanya.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan