30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Akta Kurangkan Impak COVID-19 dilanjutkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKTA Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Impak Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) yang sepatutnya luput tempoh esok, akan dilanjutkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia akan disambung mulai 1 Januari sehingga 22 Oktober 2022.

Beliau berkata, lanjutan berkenaan melibatkan penguatkuasaan di Bahagian II (ketidakupayaan melaksanakan obligasi kontraktual) dalam akta tersebut yang turut dirujuk sebagai Akta 829.

“Ini selaras peruntukan subseksyen 5(2) akta itu dengan menteri boleh melalui perintah disiar dalam warta bagi melanjutkan tempoh kuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Advertisements

Ujar beliau, dengan pelanjutan itu adalah bagi memastikan penyelarasan pelaksanaan Akta 829 yang efektif dan progresif selaras dengan pindaan yang dilaksanakan oleh kerajaan baru-baru ini.

Pindaan dibentangkan timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin itu malah telah diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Disember dan Dewan Negara pada 22 Disember lepas dengan sebulat suara.

Ia melibatkan peruntukan dibawah beberapa kementerian atau agensi iaitu Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Sumber Manusia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan