29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Peranti digital: KKM tambah kaunter, petugas di KLIA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah jumlah kaunter dan petugas di bangunan Satelit C25, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk membantu proses pemakaian peranti pengesanan digital bagi jemaah yang pulang menunaikan umrah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya telah menambah sebanyak 20 kaunter dengan 40 petugas bagi mempercepatkan proses pemasangan peranti pengesanan digital itu.

“Terkini mereka yang selamat kembali daripada umrah, telah dimulakan pemakaian digital tracker,” katanya menerusi hantara dalam Facebooknya hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, pemakaian peranti pengesanan digital itu adalah untuk pengembara yang kembali dari 18 negara berisiko tinggi di bawah pengawasan kuarantin rumah.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini mengumumkan semua individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari selepas pulang menunaikan umrah, diwajibkan memakai peranti pengesanan digital berkenaan mulai minggu ini.

Baca juga:   Lepasi angka 400,000 dos suntikan vaksin sehari

Beliau berkata, pelaksanaan pemakaian peranti itu dibuat berikutan terdapat 30 daripada 49 kes baharu COVID-19 membabitkan varian Omicron di Malaysia merupakan kes import dari Arab Saudi, yang dikesan pada 23 dan 24 Disember lepas.

Semalam, kira-kira 500 jemaah yang tiba di KLIA menerusi penerbangan dari Arab Saudi dilaporkan tidak berpuas hati selepas terpaksa menunggu lebih lima jam di terminal udara itu.

Difahamkan, kesemua jemaah yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci itu sedang menunggu giliran untuk dipakaikan peranti penjejak bagi pengesanan jangkitan Covid-19.

Baca juga:   Letak jawatan kerana ada pihak rakus rebut kuasa - Muhyiddin

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok milik Zulkifli Mohamaed, rata-rata jemaah dilihat tidak berpuas hati kerana perlu menunggu lama selain penat berikutan melalui penerbangan lama dari Jeddah.

“Ini adalah situasi selepas pulang dari umrah, percubaan pertama kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pakaikan jam penjejak. Terlalu lama, hampir lima jam menunggu,” tulisnya.

Dalam video tersebut, kelihatan Khairy Jamaluddin yang turut berada di lokasi kejadian.

Difahamkan hanya tujuh sahaja kakitangan KKM yang ditugaskan ketika itu bagi mengendalikan seramai 500 jemaah terlibat. -Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pemuda UMNO sokong ketegasan PM

PEMUDA UMNO menyokong penuh ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu berlaku lagi kelulusan perolehan tanpa...

Lagi Artikel Berkaitan