29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

5,594 kes harian COVID-19 – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes harian negara kembali melepasi angka 5,000 dengan 5,594 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,597,080 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian tersebut, kes import mencatatkan sebanyak 24 kes.

“Ia melibatkan seramai 15 warganegara dan sembilan bukan warganegara. Manakala, kes tempatan mencatatkan sebanyak 5,570 kes.

“Terdapat 85 kes (1.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, 5 dan 5,509 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Advertisements

Sementara itu, katanya, kes sembuh pula melaporkan sebanyak 4,908 kes sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,498,345 kes atau 96.2 peratus.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang direkodkan hari ini mencatatkan sebanyak 532 kes (424 kes disahkan COVID-19 ; 108 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 266 kes (168 kes disahkan COVID-19 ; 98 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),”katanya.

Dalam pasa itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 10 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan kluster aktif kini mencecah 231 kluster. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan