26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Selepas 174 hari, kes harian turun di bawah paras 4,500

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 4,343 kes dilaporkan hari ini berbanding 4,701 kes semalam.

Catatan kes baharu berkenaan merupakan catatan terendah di bawah paras 4,500 kes selepas 174 hari sejak 17 Mei lalu yang merekodkan 4,446 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,506,309 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sementara itu, rata-rata pengguna Facebook yang meninggalkan komen di hantaran status berkenaan meluahkan kesyukuran dan berharap agar catatan kes terus menunjukkan penurunan.

Bagi pengguna Facebook dengan akaun bernama Rabiah Upang, dia mengharapkan perkara yang sama agar kes terus menurun serta tidak akan berlaku peningkatan lagi.

Advertisements

Manakala, bagi Mohammad Aiman, dia mengharapkan agar kes baharu esok mencatatkan kes di bawah 4,000 kes.

Terdahulu, Noor Hisham turut berkongsikan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.91.

Menurutnya, Putrajaya mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.09, diikuti oleh Negeri Sembilan iaitu 1.0.

Negeri-negeri lain berada di bawah paras 1.0.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan