25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

KEDA belanja RM2.5 juta untuk projek ameniti sosial

KEDA juga akan meneruskan pembangunan fasa dua Kompleks Pendidikan Al-Hidayah di Desa KEDA Che Bema, Sungai Petani

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) membelanjakan RM2.5 juta bagi projek ameniti sosial di seluruh negeri itu tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peruntukan itu lebih tinggi berbanding tahun 2020 iaitu hanya RM1.5 juta.

“KEDA telah menyalur peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada 77 kategori kerja. Sebanyak 67 kategori kerja telah siap manakala selebihnya sedang dalam pelaksanaan.

“Antara projek ameniti sosial itu termasuk menaik taraf dan baik pulih longkang, baik pulih dewan serbaguna dan surau serta menurap ruang parkir dewan,” katanya selepas merasmikan Dewan Orang Ramai Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh, Sungai Petani, hari ini.

Pembinaan dewan serbaguna itu kata Mahdzir, memberi manfaat kepada lebih seribu orang penduduk di kawasan berkenaan yang sebelum ini tidak mempunyai dewan.

Baca juga:   KPLB peruntuk RM1.92 juta bantu usahawan luar bandar

“Pembinaan dewan berkeluasan 264 meter persegi dan infrastruktur berkaitan menelan belanja lebih RM400 ribu dan mampu memuatkan kira-kira 200 orang dalam satu masa.

Pembinaan dewan ini susulan permintaan daripada masyarakat setempat yang memerlukan tempat bagi menjalankan aktiviti,” katanya.

KPLB tegas Mahdzir, akan terus melaksanakan mandat dan naratif utamanya menyediakan segala keperluan asas demi kesejahteraan masyarakat luar bandar sebagai satu Keluarga Malaysia.

Sementara itu, KEDA akan meneruskan pembangunan fasa dua Kompleks Pendidikan Al-Hidayah di Desa KEDA Che Bema, Sungai Petani dengan tambahan pembinaan dewan serbaguna, bilik kuliah dan 30 unit penginapan berteres kepada para pelajar.

Baca juga:   FELCRA peruntuk RM368 juta kukuh keselamatan makanan negara

Pada masa kini, KEDA sedang menjalinkan kerjasama dengan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah bagi memperkemaskan pengurusan pusat pengajian kerohanian itu.

Ketika ini, pusat yang ditubuhkan KEDA sejak 2016 tersebut menempatkan seramai 80 pelajar perempuan yang sedang mengikuti pengajian tahfiz.

“Saya berharap agar lebih ramai penduduk luar bandar untuk mengikuti pengajian disini tidak kira peringkat umur kerana pembangunan modal insan ini adalah tunjang penting dalam mencapai aspirasi Keluarga Malaysia,” kata Mahdzir ketika melawat pusat pendidikan tersebut. – Edisi 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan