30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

UiTM di kedudukan 105 QS Asia University Rankings

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) kini berada di kedudukan ke-105 di Asia dalam QS Asia University Rankings 2022 yang diumumkan semalam.

UiTM menerusi satu kenyataan memaklumkan, kedudukan baharu itu meletakkan UiTM dalam 15.5 peratus universiti terbaik di Asia, dan berada di tangga ke-10 daripada 36 universiti dari Malaysia yang mengambil bahagian.

Menurutnya, sepanjang tempoh lebih lima tahun, penarafan UiTM menunjukkan trend peningkatan membanggakan daripada kedudukan 158 pada tahun 2018 kepada pencapaian kedudukan terkini.

“Ini secara langsung menunjukkan pengukuhan keupayaan fakulti dan keyakinan umum terhadap prestasi UiTM,” menurut kenyataan itu.

UiTM berkata, sebanyak 38 penyertaan baharu tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian dalam penarafan di seluruh Asia berjumlah 675 institusi.

Advertisements

Jelasnya lagi secara keseluruhan, QS Asia University Rankings menilai universiti berdasarkan sebelas petunjuk utama.

“Reputasi majikan menjadi kekuatan utama UiTM pada tahun ini iaitu pada kedudukan ke-48 di peringkat Asia.

“Pada tahun ini, UiTM mencatatkan peningkatan peratusan bagi dua petunjuk iaitu reputasi akademik, yang meningkat daripada 44.2 peratus kepada 48.5 peratus dan pelajar fakulti daripada 17.5 peratus kepada 18.1 peratus,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan