26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Air pasang besar: Harga ikan, hasil laut dijangka meningkat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HARGA ikan dan hasil tangkapan laut di seluruh negara dijangka meningkat berikutan fenomena air pasang besar yang diramal melanda bermula esok.

Memetik laporan BH ONLINE, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari, berkata peningkatan harga yang dijangka itu bagaimanapun hanya membabitkan ikan segar yang sentiasa mendapat permintaan tinggi sedangkan nelayan tidak dapat ke laut.

“NEKMAT dan kebanyakan pembekal ikan sudah melakukan persediaan dengan menyimpan stok ikan sejuk beku bagi menampung permintaan pengguna. Ikan sejuk beku dijual pada harga biasa, malah jauh lebih murah berbanding ikan segar sedangkan kualitinya sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, beliau menasihatkan nelayan bot kecil tidak ke laut ketika fenomena air pasang besar kerana boleh mengundang bahaya, manakala nelayan bot besar pula perlu sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan memastikan alat kelengkapan dalam keadaan baik.

Abdul Hamid berkata, keadaan laut tidak menentu dan ombak dijangka setinggi tiga meter boleh mengakibatkan bot kecil terbalik.

“Semua nelayan di negara ini diminta berhati-hati. Jika boleh, nelayan bot kecil tidak perlu turun ke laut sepanjang tempoh air pasang besar. Dengan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, ia boleh mengundang bahaya kepada nelayan,” katanya.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa, air pasang besar di Kedah dijangka bermula esok dengan ombak diramal mencapai 2.9 meter pada Jumaat dan 3.1 meter pada Sabtu sebelum mulai reda pada Ahad.

Antara kawasan di Kedah yang dijangka terkesan adalah pesisir pantai Kuala Muda, Kuala Kedah, Yan dan Langkawi.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan