25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Banjir kilat di Johor, enam PPS dibuka di tiga daerah

Daerah-daerah yang terbabit ialah Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANJIR kilat yang melanda Johor menyaksikan seramai 128 mangsa daripada 40 keluarga di tiga buah daerah dipindahkan ke enam pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, sebanyak dua PPS dibuka di setiap daerah Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat.

Dalam kenyataan itu, Pontian merupakan daerah terjejas teruk apabila enam buah kampung di kampung itu terkesan akibat kejadian banjir kilat yang berlaku pagi tadi.

“Kampung yang terjejas ialah Kampung Parit Sapran, Kampung Parit Haji Omar, Jalan Mohsin dan Parit Lapis, Kayu Ara Pasong; Kampung Parit Haji Siraj, Kampung Parit Abdul Rahman dan Kampung Sungai Mulih, Pekan Nanas.

“Kesemua mereka dipindahkan ke dua PPS yang dibuka di Sekolah Agama (SA) Kayu Ara Pasong dan Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama memaklumkan, dua PPS awal dibuka iaitu di Batu Pahat melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bintang Peserai yang menempatkan 29 mangsa dari 11 keluarga, manakala 21 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke SA Seri Bengkal.

“Sementara itu, di Johor Bahru, 17 mangsa daripada lima keluarga dari Taman Dato Syed Mohd Idrus dipindahkan ke Dewan Raya Gelang Patah.

“Empat mangsa daripada dua keluarga di Kampung Mohd. Amin dipindahkan ke SK Nong Chik,” katanya.

Advertisements

Menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran ribut petir dan hujan lebat dilaporkan di kesemua daerah di negeri ini kecuali daerah Segamat. 

Pada masa sama, turut dilaporkan berlakunya ribut di Pontian dan Muar.

Berdasarkan pemantauan dilakukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor, Kampung Sungai Naga, Api-Api; Air Baloi dan Parit Haji Omar, Kayu Ara Pasong adalah tiga kawasan di Pontian yang terjejas akibat ribut.

Manakala, katanya, bagi Muar pula, dilaporkan dua kawasan terjejas dengan ribut iaitu di Kampung Parit Jamil dan Sabah Awor.

“Banjir berlaku akibat hujan serta pertembungan air pasang, bagaimanapun beberapa kawasan yang dinaiki air sudah surut.

“Pemantauan ke tempat kejadian akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan