27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Dr Noor Hisham

Anugerah yang diterima Noor Hisham itu adalah sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atas penganugerahan Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) International Medal 2021 baru-baru ini.

Anugerah yang diterima Dr Noor Hisham itu adalah sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia.

Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut catatan Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas penganugerahan tersebut yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Dr Noor Hisham dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kecemerlangan yang berterusan,” kata kenyataan tersebut.

Dr Noor Hisham menerima anugerah tersebut daripada Presiden RSCEd Prof Michael Griffin pada majlis santapan malam bagi memuliakan keberangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Felow Terhormat RSCEd yang juga Canselor Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia.

Advertisements

Turut berangkat pada majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menerusi ciapan twitternya merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda mengucapkan tahniah kepada beliau.

Beliau berkata, pengiktirafan itu juga merupakan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan negara.

“Sesungguhnya pengiktirafan daripada Kolej Pembedahan tertua dan terbesar di dunia ini (RCSEd) adalah amat bermakna dan juga merupakan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Negara. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

-EDISI9 

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan