Monday, July 20, 2026

Jawatankuasa pengurusan bencana Sabah, Labuan diaktifkan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi keperluan asas.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AGENSI Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah diaktifkan di Sabah dan Labuan.

Ia sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana di kawasan berkenaan.

Arahan itu dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan tahap waspada (kuning) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, melibatkan beberapa lokasi di Sabah dan Labuan sehingga esok (26 September).

Menurut Nadma, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi keperluan asas.

Selain itu, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga dimohon supaya mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi dan berada dalam keadaan baik serta bersedia untuk digunakan.

“Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Nadma akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal,” katanya dalam Facebook hari ini.

MetMalaysia memaklumkan lokasi yang terlibat di Sabah adalah di pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.

-EDISI9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan