29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Air pasang besar diramal berlaku sehingga Sabtu ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK di pesisir pantai terutamanya di negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dalam satu hantaran di Facebook menyatakan, kawasan berisiko adalah di Kuala Muda, Kedah; Bagan Datoh, Perak; Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, Selangor; serta Batu Pahat dan Pontian, Johor.

Menurut kenyataan berkenaan, keadaan bertambah buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak yang akan menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

“Oleh itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang dinyatakan di kawasan terbabit.

Advertisements

“Mereka juga diminta memantau keadaan cuaca dan jika hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” katanya hari ini.

Untuk rekod, fenomena Air Pasang Besar atau Air Pasang Perbani terjadi semasa kedudukan matahari, bulan dan bumi dalam keadaan sejajar iaitu semasa fasa anak bulan dan bulan purnama.

Fenomena berkenaan boleh terjadi dua kali dalam sebulan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan