31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Cadang PATI ditangkap berulang kali disebat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedia mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan agar mengenakan hukuman sebat kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap secara berulang ke negara ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, hukuman itu sebagai salah satu bentuk penjaran kepada kepada golongan berkenaan supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut.

Menurutnya, selain itu, PDRM turut memburu warga tempatan yang menjadi dalang termasuk tekong darat membawa masuk PATI ke negara ini menggunakan pangkalan haram.

“Meskipun kawasan yang digunakan itu milik individu, namun kita tetap dikira ia sebagai pangkalan haram. Jika pemilik terlibat secara langsung, mereka sudah dikira sebagai tekong darat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Tangan Bersalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Kelantan, lapor Kosmo Online hari ini.

Baca juga:   Menteri kecewa, wanita dakwa buang saka

Pada majlis tersebut, Hazani turut menyampaikan sumbangan kepada sumbangan kepada keluarga angkat IPD Pasir Mas.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir.

Dalam perkembangan lain, Hazani memberitahu, rondaan berkuda oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dijangka akan bermula pada Mac ini.

Katanya, rondaan tersebut merupakan usaha memperkukuhkan lagi dalam usaha membendung kegiatan jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan.

Baca juga:   Ugut polis dalam Facebook, Diana Mat ditahan

“Sebagai langkah awal, unit berkuda FRU akan turun ke kawasan sempadan di negeri ini untuk membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum memulakan operasi.

-EDISI9

Terkini

Fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil ditambah baik

KEMENTERIAN Kesihatan bersetuju menambah baik fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil di Sepang, Selangor bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk...

Lagi Artikel Berkaitan