26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pelarian Rohingya: Kerajaan runding dengan UNHCR

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ISU penghantaran lebih 200,000 pelarian Rohingya dari Myanmar ke negara dunia ketiga sedang dirunding dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, tindakan tersebut adalah perlu kerana Malaysia sudah menanggung terlalu ramai pelarian dari negara asing terutama pelarian Rohingya dari Myanmar.

“Malaysia sudah menanggung terlalu ramai pelarian Rohingya dari Myanmar yang kini dianggarkan sudah melebihi 200,000 orang.

“Justeru, kita melakukan pelbagai usaha dan libaturus dengan negara yang menandatangani Konvensyen Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967 supaya menerima lebih ramai pelarian Rohingya kerana hasilnya ketika ini amat kecil,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Kamaruddin juga menegaskan, 18 tahun lalu atau sejak 2003 hingga 2021 Malaysia hanya mampu menghantar seramai 8,312 pelarian Rohingya ke 10 negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Jepun dan sebagainya.

Menurut beliau, negara paling ramai menerima pelarian berkenaan ialah Amerika Syarikat iaitu lebih 7,000 pelarian Rohingya, manakala paling sedikit ialah Finland iaitu seorang.

Terdahulu, Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) meminta Menteri Luar Negeri memberikan penjelaskan mengenai usaha tuntas yang dilaksanakan oleh kementerian bersama negara-negara ASEAN bagi menyelesaikan isu Rohingya.

Kamaruddin dalam masa yang sama berkata, Malaysia akan terus meningkatkan kerjasama dan libat urus dengan UNHCR dan negara di seluruh dunia khususnya ASEAN bagi menyelesaikan isu kebanjiran pelarian Rohingya terbabit.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan