32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Bayi 14 hari maut nahas kereta dengan lori tanah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi berusia 14 hari maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil dan lori tanah di Jalan Kampung Gelung Gajah, Bakar Batar, Manjung, Perak, pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, kereta Perodua Kancil itu dinaiki enam sekeluarga termasuk bayi yang baharu berusia dua minggu.

Memetik laporan Metro Online, kenderaan dinaiki mangsa dilaporkan melanggar lembu sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori tanah dipandu lelaki berusia 50-an dari arah Ayer Tawar menghala Beruas.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.24 pagi.

“Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati kejadian melibatkan sebuah lori tanah melanggar Perodua Kancil.

Baca juga:   Puad Zarkashi dilantik Speaker DUN Johor Ke-15

“Terdapat tujuh mangsa iaitu pemandu dan penumpang hadapan kereta, seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak yang juga penumpang belakang kereta manakala bayi berusia 14 hari meninggal dunia,” katanya hari ini.

Jurucakap berkenaan berkata, turut tersepit ialah pemandu lori tanah.

Menurutnya, kesemua mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Seri Manjung dengan ambulans manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai PBK II Suhaimi Nijar tamat sepenuhnya pada pukul 7.58 pagi.

Baca juga:   Salam tak pandang muka, pesara tampar anggota TLDM

-EDISI9

Wartawan

Terkini

315,760 PerantiSiswa sudah diagih setakat ini

SEBANYAK 315,760 atau 86 peratus peranti diagihkan kepada penerima PerantiSiswa daripada 366,843 permohonan yang diluluskan setakat hari ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan