30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

48 pengunjung premis hiburan dikenakan kompaun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 48 pengunjung di dua pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa dengan nilai keseluruhan sebanyak RM290,000 dalam serbuan berasingan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, sebanyak 30 kompaun berjumlah RM150,000 telah dikeluarkan ke atas pengunjung dalam serbuan di premis pertama pada jam 12 tengah malam.

“Sebanyak 18 kompaun dengan nilai RM90,000 telah dikeluarkan ke atas pengunjung di premis kedua,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, katanya, dua pemilik pusat hiburan turut dikenakan kompaun sebanyak RM25,000.

“Kompaun tersebut dikeluarkan mengikut pelanggaran Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) semasa tempoh Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara bagi Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, seramai 23 pengunjung di premis pertama disaring ujian air kencing dan semua hasil keputusan adalah negatif.-Edisi 9


Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan